Program #Sehati sejiwa PMKL diadakan untuk
memupuk semangat patriotik dan cintakan akan negara dikalangan pelajar sempena
Hari Kebangsaan yang ke-59 dan Hari Malaysia (16 September). Program ini telah dianjurkan oleh Unit Perpustakaan PMKL dengan kerjasama Jabatan Pengajian AM. Aktiviti utama program tersebut ialah majlis Pelancaran Hari Kebangsaan dengan
melepaskan 10 ekor burung merpati sebagai simbolik tanda kebebasan yang diketua
oleh Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Politeknik (Strategik).
Manakala sepanjang Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2016, beberapa
aktiviti telah dilaksanakan seperti “Jom Derma Darah” dengan kerjasama Pusat
Darah Negara, tayangan filem dan video patriotik seperti Leftenan Adnan, Bukit Kepong, Tanda
Putera, Embun, dan Paloh, 1957: Hati Malaya yang telah ditayangkan selama
sebulan.