Bengkel literasi
maklumat perkhidmatan perpustakaan digital diadakan untuk membolehkan
kakitangan Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) mengakses, menilai dan
menggunakan maklumat dari pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan
Negara Malaysia. Literasi maklumat merupakan keupayaan dalam mengenalpasti, mencari, menilai dan menggunakan maklumat dengan berkesan. Kakitangan masa kini perlu didedahkan dengan sumber pencarian maklumat yang tepat dengan menggunakan perpustakaan digital. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai pembelajaran sepanjang hayat dan dapat memperbaiki cara kakitangan dalam mencari maklumat yang tepat. Bengkel literasi maklumat perpustakaan digital yang dijalankan bermula 17,19-20 April 2017. Antara modul bengkel ialah memberi pendedahan tentang pangkalan data yang telah dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan pendaftaran keahlian dalam talian.