Program Jalinan Muhibbah bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik
(JPP) & Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) diadakan untuk sesi suai
kenal dan perkongsian hala tuju pimpinan,
YBhg. Prof Dato’ Dr Mohd Ismail Abd
Aziz sekaligus merasmikan sambutan Bulan Kemerdekaan yang berlangsung di PMKL
pada 24 Ogos- 16 September 2017. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk
Dr. Mary Yap Kain Ching juga turut meluangkan masa untuk sama-sama merasmikan
sambutan Bulan Kemerdekaan. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Perpustakaan PMKL dan pelajar-pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Katering. Sebanyak 1532 biji cupcakes telah dihasilkan sebagai simbolik tanda kecintaan mereka pada negara. Pada 26 Ogos 2017 pula telah diadakan pertandingan sukan rakyat dikalangan warga PMKL bagi membolehkan mereka mengingat kembali sukan tradisional peninggalan nenek moyang kita.