Monday, May 7, 2018

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018

Pada 3 Mei 2018, Unit PMKLib serta beberapa orang staf PMKL berpeluang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Terdapat pelabagai jenis bahan bacaan yang dijual di pesta buku tersebut dengan harga yang berpatutan.




Tuesday, April 24, 2018

#JOMBACAPMKL18

Pada 24 April 2018 telah berlangsungnya Program JOM BACA 10 MINIT yang dijalankan serentak di seluruh Malaysia. Program ini telah menjadi program tahunan Perpustakaan Negara Malaysia. Tujuan program ini diadakan bagi memupuk semangat membaca dikalangan orang Malaysia dengan dimulakan dengan tempoh 10 minit.




Wednesday, August 30, 2017

Program Jalinan Muhibbah


Program Jalinan Muhibbah bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) & Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) diadakan untuk sesi suai kenal dan perkongsian hala tuju pimpinan, YBhg. Prof Dato’ Dr Mohd Ismail Abd Aziz sekaligus merasmikan sambutan Bulan Kemerdekaan yang berlangsung di PMKL pada 24 Ogos- 16 September 2017. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching juga turut meluangkan masa untuk sama-sama merasmikan sambutan Bulan Kemerdekaan. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Perpustakaan PMKL dan pelajar-pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Katering. Sebanyak 1532 biji cupcakes telah dihasilkan sebagai simbolik tanda kecintaan mereka pada negara. Pada 26 Ogos 2017 pula telah diadakan pertandingan sukan rakyat dikalangan warga PMKL bagi membolehkan mereka mengingat kembali sukan tradisional peninggalan nenek moyang kita.









Friday, April 21, 2017

Bengkel Literasi Maklumat Perkhidmatan Perpustakaan Digital

Bengkel literasi maklumat perkhidmatan perpustakaan digital diadakan untuk membolehkan kakitangan Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) mengakses, menilai dan menggunakan maklumat dari pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Literasi maklumat merupakan keupayaan dalam mengenalpasti, mencari, menilai dan menggunakan maklumat dengan berkesan. Kakitangan masa kini perlu didedahkan dengan sumber pencarian maklumat yang tepat dengan menggunakan perpustakaan digital. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai pembelajaran sepanjang hayat dan dapat memperbaiki cara kakitangan dalam mencari maklumat yang tepat. Bengkel literasi maklumat perpustakaan digital yang dijalankan bermula 17,19-20 April 2017. Antara modul bengkel ialah memberi pendedahan tentang pangkalan data yang telah dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan pendaftaran keahlian dalam talian.







Tuesday, August 16, 2016

#sehatisejiwaPMKL16


Program #Sehati sejiwa PMKL diadakan untuk memupuk semangat patriotik dan cintakan akan negara dikalangan pelajar sempena Hari Kebangsaan yang ke-59 dan Hari Malaysia (16 September). Program ini telah dianjurkan oleh Unit Perpustakaan PMKL dengan kerjasama Jabatan Pengajian AM. Aktiviti utama program tersebut ialah  majlis Pelancaran Hari Kebangsaan dengan melepaskan 10 ekor burung merpati sebagai simbolik tanda kebebasan yang diketua oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik (Strategik).  Manakala sepanjang Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2016, beberapa aktiviti telah dilaksanakan seperti “Jom Derma Darah” dengan kerjasama Pusat Darah Negara, tayangan filem dan video patriotik  seperti Leftenan Adnan, Bukit Kepong, Tanda Putera, Embun, dan Paloh, 1957: Hati Malaya yang telah ditayangkan selama sebulan.





Tuesday, May 10, 2016

PERATURAN PMKLib


  1. Pengguna perlu berpakaian kemas dan sopan semasa berada di perpustakaan.
  2. Pengguna tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu pengguna lain.
  3. Pengguna tidak dibenarkan tidur di perpustakaan.
  4. Pengguna dilarang meninggalkan sapah di meja yang digunakan.
  5. Makan, minum dan merokok dilarang sama sekali dalam perpustakaan.
  6. Telefon bimbit hendaklah didalam mode senyap.
  7. Pengguna dilarang melayari laman web lucah atau web yang tidak berkaitan dengan pelajaran.
  8. Pengguna tidak dibenarkan merosakkan koleksi perputskanaa seperti menconteng atau mengoyakkan buku,
  9. Pengguna dilarang membawa keluar bahan tanpa kebenaran kakitangan perpustakaan.
  10. Kakitangan perpustakaan berhak menegur dan mengarahkan pengguna keluar dari perpustakaan sekiranya melakukan perkara diatas.
  11. Barang-barang seperti beg, topi keledar, makanan, minumamn dan lain-lain perlu disimpan di rak simpanan yang disediakan.
  12. Pengguna perlu mendaftar dikaunter sekiranya mahu menggunakan bilik perbincangan.

Wednesday, April 20, 2016

PERKHIDMATAN PMKLib

SIRKULASI (PINJAMAN DAN PEMULANGAN)- PERATURAN PINJAMAN
  • Peminjam haruslah mendaftar sebagai ahli perpustakaan.
  • Peminjam perlu bertanggungjawab di atas bahan yang dipinjam dan memulangkan bahan tersebut sebelum atau pada tarikh ditetapkan.
  • Bahan boleh diperbaharui sebanyak dua kali sekiranya tiada tempahan.
  • Peminjam tidak dibenarkan meminjam atas nama orang lain.
  • Bahan yang rosak atau hilang akan dikenakan bayaran dua kali ganda harga buku tersebut.
  • Bahan yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda sebanyak RM 0.10 sehari

RUJUKAN DAN PERUJUKAN

  • Pertanyaan rujukan boleh dibuat di kaunter pertanyaan atau melalui talian telefon 03-4251 8000

PERKHIDMATAN INTERNET
  • Pengguna dibenarkan melayari internet untuk tujuan rujukan dan penyelidikan

PERKHIDMATAN KESEDARAN SEMASA
  • Edaran/ pameran senarai buku baharu

SUMBER RUJUKAN DIGITAL
  • Pengguna boleh mendaftar secara percuma untuk mengkases pelbagai sumber rujukan digital yang disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia http://www.u-library.gov.my

Wednesday, April 13, 2016

Latar Belakang PMKLib


LATAR BELAKANG

Penubuhan Unit Perpustakaan Akademik bermula selaras dengan wujudnya Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) pada tahun 2011. Perpustakaan adalah salah satu unit di bawah pentadbiran. Perpustakaan Akademik bertanggungjawab untuk meneydiakan keperluan bahan rujukan dan perkhidmatan kepada semua wara PMKL khususnya pelajar-pelajar dan pensyarah.


OBJEKTIF



Sebagai tempat rujukan dan pusat maklumat kepada Pelajar Pensyarah dan Staf PMKL
Menyediakan bahan rujukan yang terkini dan lengkap selari dengan sistem pembelajaran PMKL
Menyediakan fasiliti, kemudahan dan suasana yang kondusif bagi warga PMKL untuk menyiapkan tugasan dan penyelidikan
Menjadi sebahagian penyumbang pencapaian akademik
Memaksimakan penggunaan teknologi dalam pengurusan dan servis Perpustakaan


VISI

Pelopor sumber maklumat berteraskan teknologi


MISI

Menyediakan maklumat dan kemudahan terkini bagi membantu sistem pembelajaran dan penyelidikan demi mencapai keputusan cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum


DASAR PERPUSTAKAAN

Perpustakan PMKL/ PMKLib adalah komited untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi memenuhi keperluan bahan rujukan untuk warga PMKL seiring dengan visi Poilteknik Malaysia


PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam dan berjanji akan:
Memastikan perkhidmatan kaunter tidak melebihi 3 minit
Memastikan keperluan bahan rujukan yang terkini
Menyediakan fasiliti yang selesa untuk warga PMKL
Memastikan bahan rujukan disusun mengikut nombor klasifikasi bagi memudahkan pencarian
Dalam melaksanakan tugas ini kami bersedia menerima cadangan dan maklumbalas serta tugasan bagi memenuhi keperluan pelanggan


KEAHLIAN

Terbuka kepada semua Pelajar, Pensyarah dan Staf PMKL


WAKTU OPERASI

Isnin- Khamis : 8.00 pagi- 4.15 petang
Jumaat : 8.00 pagi- 12.00 tengah hari
          2.45 petang- 4.15 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : Tutup