Wednesday, April 13, 2016

Latar Belakang PMKLib


LATAR BELAKANG

Penubuhan Unit Perpustakaan Akademik bermula selaras dengan wujudnya Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) pada tahun 2011. Perpustakaan adalah salah satu unit di bawah pentadbiran. Perpustakaan Akademik bertanggungjawab untuk meneydiakan keperluan bahan rujukan dan perkhidmatan kepada semua wara PMKL khususnya pelajar-pelajar dan pensyarah.


OBJEKTIF



Sebagai tempat rujukan dan pusat maklumat kepada Pelajar Pensyarah dan Staf PMKL
Menyediakan bahan rujukan yang terkini dan lengkap selari dengan sistem pembelajaran PMKL
Menyediakan fasiliti, kemudahan dan suasana yang kondusif bagi warga PMKL untuk menyiapkan tugasan dan penyelidikan
Menjadi sebahagian penyumbang pencapaian akademik
Memaksimakan penggunaan teknologi dalam pengurusan dan servis Perpustakaan


VISI

Pelopor sumber maklumat berteraskan teknologi


MISI

Menyediakan maklumat dan kemudahan terkini bagi membantu sistem pembelajaran dan penyelidikan demi mencapai keputusan cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum


DASAR PERPUSTAKAAN

Perpustakan PMKL/ PMKLib adalah komited untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi memenuhi keperluan bahan rujukan untuk warga PMKL seiring dengan visi Poilteknik Malaysia


PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam dan berjanji akan:
Memastikan perkhidmatan kaunter tidak melebihi 3 minit
Memastikan keperluan bahan rujukan yang terkini
Menyediakan fasiliti yang selesa untuk warga PMKL
Memastikan bahan rujukan disusun mengikut nombor klasifikasi bagi memudahkan pencarian
Dalam melaksanakan tugas ini kami bersedia menerima cadangan dan maklumbalas serta tugasan bagi memenuhi keperluan pelanggan


KEAHLIAN

Terbuka kepada semua Pelajar, Pensyarah dan Staf PMKL


WAKTU OPERASI

Isnin- Khamis : 8.00 pagi- 4.15 petang
Jumaat : 8.00 pagi- 12.00 tengah hari
          2.45 petang- 4.15 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : Tutup




































No comments:

Post a Comment