Program #Sehati sejiwa PMKL diadakan untuk
memupuk semangat patriotik dan cintakan akan negara dikalangan pelajar sempena
Hari Kebangsaan yang ke-59 dan Hari Malaysia (16 September). Program ini telah dianjurkan oleh Unit Perpustakaan PMKL dengan kerjasama Jabatan Pengajian AM. Aktiviti utama program tersebut ialah majlis Pelancaran Hari Kebangsaan dengan
melepaskan 10 ekor burung merpati sebagai simbolik tanda kebebasan yang diketua
oleh Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Politeknik (Strategik).
Manakala sepanjang Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2016, beberapa
aktiviti telah dilaksanakan seperti “Jom Derma Darah” dengan kerjasama Pusat
Darah Negara, tayangan filem dan video patriotik seperti Leftenan Adnan, Bukit Kepong, Tanda
Putera, Embun, dan Paloh, 1957: Hati Malaya yang telah ditayangkan selama
sebulan.
Tuesday, August 16, 2016
Tuesday, May 10, 2016
PERATURAN PMKLib
- Pengguna perlu berpakaian kemas dan sopan semasa berada di perpustakaan.
- Pengguna tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu pengguna lain.
- Pengguna tidak dibenarkan tidur di perpustakaan.
- Pengguna dilarang meninggalkan sapah di meja yang digunakan.
- Makan, minum dan merokok dilarang sama sekali dalam perpustakaan.
- Telefon bimbit hendaklah didalam mode senyap.
- Pengguna dilarang melayari laman web lucah atau web yang tidak berkaitan dengan pelajaran.
- Pengguna tidak dibenarkan merosakkan koleksi perputskanaa seperti menconteng atau mengoyakkan buku,
- Pengguna dilarang membawa keluar bahan tanpa kebenaran kakitangan perpustakaan.
- Kakitangan perpustakaan berhak menegur dan mengarahkan pengguna keluar dari perpustakaan sekiranya melakukan perkara diatas.
- Barang-barang seperti beg, topi keledar, makanan, minumamn dan lain-lain perlu disimpan di rak simpanan yang disediakan.
- Pengguna perlu mendaftar dikaunter sekiranya mahu menggunakan bilik perbincangan.
Wednesday, April 20, 2016
PERKHIDMATAN PMKLib
- Peminjam haruslah mendaftar sebagai ahli perpustakaan.
- Peminjam perlu bertanggungjawab di atas bahan yang dipinjam dan memulangkan bahan tersebut sebelum atau pada tarikh ditetapkan.
- Bahan boleh diperbaharui sebanyak dua kali sekiranya tiada tempahan.
- Peminjam tidak dibenarkan meminjam atas nama orang lain.
- Bahan yang rosak atau hilang akan dikenakan bayaran dua kali ganda harga buku tersebut.
- Bahan yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda sebanyak RM 0.10 sehari
RUJUKAN DAN PERUJUKAN
- Pertanyaan rujukan boleh dibuat di kaunter pertanyaan atau melalui talian telefon 03-4251 8000
PERKHIDMATAN INTERNET
- Pengguna dibenarkan melayari internet untuk tujuan rujukan dan penyelidikan
PERKHIDMATAN KESEDARAN SEMASA
- Edaran/ pameran senarai buku baharu
SUMBER RUJUKAN DIGITAL
- Pengguna boleh mendaftar secara percuma untuk mengkases pelbagai sumber rujukan digital yang disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia http://www.u-library.gov.my
Wednesday, April 13, 2016
Latar Belakang PMKLib
Penubuhan Unit Perpustakaan Akademik bermula selaras dengan wujudnya Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) pada tahun 2011. Perpustakaan adalah salah satu unit di bawah pentadbiran. Perpustakaan Akademik bertanggungjawab untuk meneydiakan keperluan bahan rujukan dan perkhidmatan kepada semua wara PMKL khususnya pelajar-pelajar dan pensyarah.
OBJEKTIF
Sebagai tempat rujukan dan pusat maklumat
kepada Pelajar Pensyarah dan Staf PMKL
Menyediakan bahan rujukan yang terkini dan
lengkap selari dengan sistem pembelajaran PMKL
Menyediakan fasiliti, kemudahan dan suasana
yang kondusif bagi warga PMKL untuk menyiapkan tugasan dan penyelidikan
Menjadi sebahagian penyumbang pencapaian
akademik
Memaksimakan penggunaan teknologi dalam
pengurusan dan servis Perpustakaan
VISI
Pelopor sumber maklumat berteraskan teknologi
MISI
Menyediakan maklumat dan kemudahan terkini bagi
membantu sistem pembelajaran dan penyelidikan demi mencapai keputusan cemerlang
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
DASAR PERPUSTAKAAN
Perpustakan PMKL/ PMKLib adalah komited untuk
menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi memenuhi keperluan bahan rujukan
untuk warga PMKL seiring dengan visi Poilteknik Malaysia
PIAGAM PELANGGAN
Kami beriltizam dan berjanji akan:
Memastikan perkhidmatan kaunter tidak
melebihi 3 minit
Memastikan keperluan bahan rujukan yang
terkini
Menyediakan fasiliti yang selesa untuk
warga PMKL
Memastikan bahan rujukan disusun mengikut nombor
klasifikasi bagi memudahkan pencarian
Dalam melaksanakan tugas ini kami bersedia
menerima cadangan dan maklumbalas serta tugasan bagi memenuhi keperluan
pelanggan
KEAHLIAN
Terbuka kepada semua Pelajar, Pensyarah dan Staf PMKL
WAKTU OPERASI
Isnin- Khamis : 8.00 pagi- 4.15 petang
Jumaat : 8.00 pagi- 12.00 tengah hari
2.45 petang- 4.15 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : Tutup
Subscribe to:
Posts (Atom)